-
[Jual] Kondominium, Puri Aiyu, Batu 3, Shah Alam

Kondominium, Puri Aiyu, Batu 3, Shah Alam
Blok 3B (Tingkat 13) - mengadap kolam renang,
Keluasan: 1002sqft
Harga: 230K (Corner Unit)
3 Bilik, 2 Bilik Air
Freehold
Boleh disewakan pada harga RM1,300/bulan
Ubahsuai:
Ruang tamu dan bilik utama, lampu dan kipas automatik, penghawa dingin di ruang tami dan bilik utama, kabinet dapur.


Kemudahan:
Kolam renang, gimnasium, tadika, pasar mini, lot parking, taman permainan kanak-kanak, sekuriti (24 jam),
Berdekatan Komuter Batu 3, NKVE, ELITE, Lebuhraya Persekutuan, Giant, Tesco
View Larger Map
Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya.
more
-
[Jual] Apartment, Camelia Court, Nilai Impian, Nilai

Apartment, Camelia Court, Nilai Impian, Nilai
Keluasan: 750sqft
Harga: 65K (nego)
Freehold
Telah disewa RM400/bulan
Kemudahan:
Parking Lot, taman permainan kanak-kanak, surau, tadika, dewan serbaguna, kedai, dobi, gerai, kolam renang.
Berdekatan Nilai 3, Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, 5 minit ke Lebuhraya KL-Seremban
Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya.
more
-
[Jual] Flat, Taman Kosas, Ampang
Flat, Taman Kosas, Ampang
Keluasan: 521 sqf (2 Bilik, 1 Bilik Air)
Harga: 68K (nego)
Leasehold
Telah disewa RM400/bulan
Kemudahan:
Parking Lot, taman permainan kanak-kanak, surau, sekolah, tadika, dobi, kedai makan, pasar mini, pasar malam, perhentian bas, 5 min ke STAR LRT.
View Larger Map
Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya.
more
-
Cadangan pembinaan sambungan baru LRT bermula tahun depan
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) mencadangkan sambungan baharu bagi dua jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) bagi jajaran Kelana Jaya dan Ampang yang dianggarkan bernilai RM7 bilion.
Pengarah Urusannya, Datuk Idrose Mohamed berkata cadangan sambungan LRT Ampang Line akan bermula dari stesen Sri Petaling, melalui kawasan Kinrara dan Puchong sebelum berakhir di Putra Heights, yang meliputi jarak 17.7 km dan 13 stesen baharu.
Sementara sambungan Kelana Jaya bermula dari stesen Kelana Jaya, melalui kawasan Subang Jaya dan USJ sebelum berakhir di Putra Heights, yang meliputi jarak 17 km dan 13 stesen baharu.
Idrose berkata Prasarana akan mengumpulkan RM4 bilion dalam bentuk bon untuk membiayai sebahagian projek itu yang dijangka siap menjelang akhir 2012.
Kesemua stesen akan mempunyai kemudahan seperti lif, eskalator, surau, telefon awam dan tandas.
Stesen juga akan dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya seperti lif, kaunter tiket yang rendah dan tandas.
Cadangan jajaran baharu itu akan dipamerkan selama tiga bulan mulai esok untuk membolehkan orang ramai memberikan maklum balas dengan melawat ke lokasi yang telah ditetapkan atau ke laman web yang khusus diwujudkan bagi tujuan itu, katanya kepada taklimat media.
Prasarana berkata kelulusan bersyarat telah diperolehi pada 25 Ogos manakala kelulusan muktamad dijangka diterima selepas pameran awam.
Kelima-lima tempat pameran jajaran baharu itu ialah Jabatan Kereta Api, Jalan Sultan Hishamuddin, Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut, Majlis Bandaraya Petaling Jaya City di Jalan Tengah, Majlis Perbandaran Subang Jaya di Persiaran Perpaduan USJ5,Subang Jaya; dan Majlis Perbandaran Shah Alam di Persiaran Perbandaran di Shah Alam.
Pameran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat. Pameran ditutup pada hujung minggu dan cuti umum.
Kesemua maklum balas akan disalurkan kepada Jabatan Kereta Api. Orang ramai boleh menulis ulasan masing-masing di dalam buku log yang ditempatkan pada lokasi pameran.
Orang ramai boleh turut melihat jajaran berkenaan melalui www.dot.gov.my dan memberikan makjum balas masing-masing.
-- BERNAMA
jajaransambungan
Bagi pendapat saya, kemudahan pengangkutan awam seperti ini sangatlah ditunggu-tunggu oleh setiap warga kota. Ini merupakan salah satu langkah yang sangat positif bagi menggalakkan orang ramai menggunakannya seterusnya dapat mengurangkan kesesakan lalulintas. Orang ramai dapat bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah.
Bagi pelabur hartanah pula, harga hartanah pada tempat-tempat tertentu sudah tentu akan melambung naik :)
Jika anda mempunyai sebarang cadangan berkenaan projek ini, sila layari: LRT Extension public Feeback Form
more
-
Pakej Rangsangan Ekonomi Mula Nampak Kesan Positif
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini berada pada landasan yang betul dan mula memberi kesan positif terhadap pemulihan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pakej rangsangan tersebut berjumlah RM67 bilion itu telah menjana peluang pekerjaan dan pendapatan kepada kontraktor kecil termasuk mereka di kawasan pedalaman," katanya dalam kenyataan di sini pada hari Isnin.
Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pertama berjumlah RM6.07 bilion pada November tahun lalu manakala pakej kedua bernilai RM60.93 bilion pada Mac tahun ini.
Sektor pembinaan menyaksikan pertumbuhan 2.8 peratus pada suku akhir kedua berbanding 1.1 peratus yang dicatatkan pada suku akhir pertama tahun ini, kata Najib semasa menghuraikan perkembangan terbaru hasil pakej rangsangan itu.
Najib juga mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan supaya melaksanakan dan menyiapkan semua projek yang dikenalpasti di bawah pakej pertama tahun ini.
"Setakat ini, sejumlah 83,939 telah ditawarkan di mana 53,076 projek bernilai RM6.07 bilion di bawah pakej pertama dan bakinya di bawah pakej kedua yang dirangka meliputi tempoh masa dua tahun," katanya.
"Ini bermakna dalam masa 10 bulan selepas pengumuman pakej pertama, 90 peratus projek yang dikenalpasti telah ditawarkan dan sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan," katanya.
Sektor pembinaan adalah antara penerima faedah terbesar di kalangan beberapa sektor yang diberi suntikan dana kerana sektor itu membawa kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Najib berkata sejumlah RM7.92 bilion telah dibayar kepada kontraktor bagi penyiapan 41,176 projek di bawah pakej pertama dan kedua rangsangan ekonomi yang dilancarkan bagi menangani kelembapan ekonomi global ekoran krisis kewangan antarabangsa yang menjejaskan teruk pasaran eksport.
Projek yang disiapkan termasuk pembinaan rumah kos rendah, infrastruktur, sekolah, balai polis dan kuarters pelbagai kelas untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Najib berkata selaras dengan strategi kerajaan "rakyat didahulukan", sejumlah 1,126 projek perumahan dibina untuk 5,630 keluarga di seluruh negara.
Perdana Menteri itu secara peribadi memantau secara dekat pelaksanaan semua aspek pakej secara mingguan.
"Pendekatan secara dekat itu bagi memastikan sasaran yang ditetapkan di bawah dua pakej itu dapat dicapai," katanya.
Kerajaan juga memperuntukan RM1 bilion bagi pembangunan modal insan bagi mengekalkan kompetitif negara serta meningkatkan kecekapan pasaran tenaga kerja," jelasnya.
Pelaksanaan pakej rangsangan itu dikawal selia oleh beberapa agensi dengan dipimpin oleh Ketua Pegawai Operasi Unit Pengurusan Projek (PMU) Datuk Mohamad Othman Zainal Azim yang melaporkan secara terus kepada Perdana Menteri.
Sebuah jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan juga melaporkan segala kemajuan pakej itu kepada jawatankuasa pemandu yang dipengerusikan oleh Najib.
Prosedur juga diseragamkan bagi memastikan pelaksanaan semua projek dilakukan secara pantas.
Orang awam boleh mendapatkan butiran dan maklumat terbaru serta pertanyaan mengenai kemajuan pakej rangsangan dengan melayari laman web di http://www.rangsangekonomi.treasury.gov.my
-- BERNAMA
more
-
[Jual] Kondominium, Vista Millenium, Puchong


View Larger Map
Vista Millennium Condominium, Puchong.
Taman Puchong Perdana. 3 min drive from Masjid Tasik Puchong Perdana
Bedrooms: 3 bedroom, 2 bathroom.
Size: 1000 sq.ft ! (Corner Unit, Facing Pool)
Air Condition: Total- 4 unit air-cond). Living room + 3Bedroom
Furnish: Built-in Wardrobe and Bed for all room
Other: Water heater in all toilets.bathroom. Kitchen Cabinet
FULL FURNISH UNIT
Facilities: Barbecue Area, Business Centre, Cafeteria, Club House, Gymnasium, Mini Market, Playground, Squash Court, Swimming Pool, Tennis Court, 24hr Security, Guarded with access card system, TV/Radio/Astro socket point on each Room and Hall. Internet-ready point on each Room and Hall. Full Condo Facility.
Accessibility: Easy access to KLIA, Putrajaya & Shah Alam via LDP and Kesas Highway. 10 minutes drive to several Shopping Center as well as IOI Mall, Tesco, Giant.
Selling very below market price for 1,000 square foot.
Our Very Special Price: RM 140,000 (nego)
Deposit : only RM 4,000 !!!
VERY SUITABLE FOR PROERTY INVESTEMENT
THIS FULL FURNISH UNIT: RENTED BETWEEN RM850 - RM1200.
owner to sell it fast for further study
www.vistamillennium.apartment.com.my
more
-
[Jual] Teres 2 1/2 tingkat, Taman Sri Sinar, Segambut
View Larger Map
Teres 2 1/2 tingkat, Taman Sri Sinar, Segambut.
3 Bilik Tidur, 3 Bilik Air
Tingkat: 2 1/2
Harga: RM185,000 (nego)
Ubahsuai: Penambahan depan & belakang rumah, Tile, Plaster Ceiling, Kabinet Dapur
Kemudahan: Sekolah, Balai Polis, Stesen Bas.
Hanya 5 minit ke Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Hartamas, Jalan Kuching, Jalan Duta.
Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya dengan menggunakan borang online
more
-
[Jual] Apartment, Casmaria, Taman Samudera, Bt Caves
View Larger Map
Casmaria Apartment Taman Samudera, Bt Caves
3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air
Tingkat: 3&4 (duplex) - corner unit
Sewa: RM800/bulan
Harga: RM160,000
Ubahsuai: Kabinet Dapur
Kemudahan: Surau, Parking, Pasar Mini, Nursery, Taman permainan, 24hr Kawalan Keselamatan
Hanya 5 minit ke Giant Bt Caves, Sekolah Rendah / Menengah, Jalan Kuching, MRR2, Duke, Lebuhraya Karak
Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya dengan menggunakan borang online
more
-
REHDA, MBAM Mahu Kerajaan Kaji Semula Duti Setem 0.5 Peratus
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) mahu kerajaan mengkaji semula duti setem sebanyak 0.5 peratus yang dikenakan ke atas kontrak perkhidmatan.
Dalam satu kenyataan di sini Selasa, presidennya, Datuk Ng Seing Liong, berkata persatuan itu membantah duti tersebut terutamanya dalam tempoh yang mencabar sekarang ini kerana ini akan memberikan kesan yang serius ke atas industri.
Baru-baru ini Kementerian Kewangan bersetuju menyemak semula duti setem kepada 0.5 peratus yang dikenakan hanya ke atas perjanjian pembinaan utama, dan RM50 ke atas perjanjian kecil dengan subkontraktor.
"Rehda masih tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mengekalkan duti itu pada 0.5 peratus," katanya.
Ng berkata duti setem tambahan yang dikenakan ke atas kontrak pembinaan itu membantutkan produktiviti dan tidak konsisten dengan dasar dan objektif yang dinyatakan dalam pakej rangsangan bagi membawa keluar ekonomi dari krisis kewangan dengan menjana kegiatan ekonomi dalam industri pembinaan.
Beliau berkata Rehda mahu kerajaan mengecualikan kadar duti setem yang dikenakan ke atas semua perjanjian perkhidmatan tanpa cagaran, termasuk kontrak perundingan, operasi dan penyenggaraan.
"Dengan duti setem sebanyak 0.5 peratus itu, kontrak pembinaan bernilai RM10 juta, misalnya, dikenakan cukai sebanyak RM50,000 manakala sebelum ini duti sebanyak hanya RM10 dikenakan ke atas setiap dokumen tanpa mengira jumlah nilai kontrak.
"Ini pastinya mendorong peningkatan kos pembinaan," katanya.
Sementara itu, Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), dalam satu kenyataan hari ini, mahu kerajaan kembali mengenakan fi kadar rata RM10 ke atas perjanjian perkhidmatan pembinaan.
Ia berkata meskipun kerajaan telah mempertimbang rayuan peserta industri, namun hakikatnya ialah kontrak utama masih diperlukan membayar duti setem sebanyak 0.5 peratus.
"Ini akan menambah kos dan kerumitan kepada industri pembinaan.
"Ini akan menyebabkan industri menanggung kos RM300 juta setahun, yang lebih kurang empat kali levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan," katanya.
MBAM berkata duti setem itu akan juga menyulitkan urusan berkaitan operasi pembinaan seperti kemudahan kewangan dan insurans, yang mungkin memerlukan dokumen-dokumen disertakan duti setem dan dibayar lebih awal.
-- BERNAMA
more
-
[Jual]Tanah Lot, Bukit Lanjan, Sg Penchala, Damansara

Tanah Lot, Bukit Lanjan, Sg Penchala, Damansara
Keluasan: Anggaran 1 ekar / 43,701 kaki persegi
Freehold / Rizab Melayu
Harga: RM35 / kaki persegi
Berdekatan: Country Heights, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Penchala Link, One Utama, The Curve, Mutiara Damansara, IKEA, Tesco, Cineleisure.
Sesuai untuk membina rumah banglo dan meletakkan papan tanda iklan (Bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara - Puchong)
Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya dengan menggunakan borang online
more
Langgan:
Catatan (Atom)

