• Panduan Pembiayaan Semula Perumahan

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

    Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai pinjaman perumahan melebihi 5 tahun, berkemungkinan besar anda menanggung pembayaran pinjaman dengan kadar faedah yang lebih tinggi dari kadar pinjaman asas semasa yang ditawarkan oleh kebanyakan institusi kewangan. Kebanyakan peminjam terikat dengan syarat dan terma dan menunggu sehingga tarikh luput “loked-in period” untuk membuat Pembiayaan Perumahan Semula.

    Terdapat banyak pakej Pembiayaan Perumahan Semula yang kompetatif di pasaran terutama yang meliputi kos-kos pembiayaan semula menjadikan ianya sebuah pelaburan yang amat terkesan pada bila-bila masa dalam jangka hayat pinjaman perumahan, bukan sahaja untuk mengurangkan jumlah pembayaran bulanan dan menjimatkan wang dalam jangka masa panjang malah memberi keanjalan dalam pengurusan wang anda.

    Mengapa Perlu Pembiayaan Perumahan Semula

    Sebab utama ialah untuk mengurangkan kadar faedah semasa, pembayaran bulanan dan/atau tempoh pinjaman. Anda mungkin mahu mengurangkan jumlah pembayaran setiap bulan supaya anda boleh menyimpan dalam produk-produk pelaburan. Jika anda berfikir Kadar Pinjaman Asas akan naik, anda mungkin ingin membuat pembiayaan semula dengan Kadar Tetap. Mungkin juga anda ingin membuat pembiayaan semula kerana nilai hartanah yang anda miliki telah meningkat dan dengan itu anda ingin mengambil kelebihan equity hartanah untuk dana tambahan ataupun pelaburan lain.

    Antara sebab yang selalu terlepas pandang untuk membuat pembiayaan semula perumahan adalah mengemaskini deposit dan hutang untuk pengurusan aliran kewangan yang lebih baik. Pembiayaan Semula adalah langkah pertama dalam mengemaskinikan pengurusan kewangan anda. Jika anda membayar faedah yang amat tinggi untuk kad kredit dan overdraf, anda mungkin mahu melangsaikan sedikit hutang ini sebagai simpanan untuk jangka masa panjang. Pakej Pinjaman Perumahan menjadi semakin kompetitif dewasa ini dengan menawarkan pengiraan faedah (interest) asas harian berbanding asas bulanan dan kemudahan pra-pembayaran dan ulangan pengeluaran untuk penjimatan dari jumlah faedah yang dibayar atas pinjaman semasa.

    Buat Perbandingan

    Amat berbaloi sekiranya anda mendapatkan beberapa perbandingan diantara Pakej Pembiayaan Semula yang membanjiri pasaran. Beberapa factor yang perlu anda perhatikan denhgan teliti ialah “zero moving cost” atau “pakej tiada kos pembiayaan semula”. Sebagai tambahan, perhatikan juga jika pakej tersebut menawarkan kemudahan pra-pembayaran dan ulangan pengeluaran (prepayment and redraw) sepanjang tempoh pembiayaan. Jika objektif anda untuk mengurangkan pembayaran bulanan, pilihlah pakej pembiayaan semula yang menawarkan tempoh pembiayaan yang panjang. Pakej seperti ini amat bersuseaian jika anda berhasrat mendiami rumah yang anda biayai untuk satu jangka masa yang panjang.

    Dalam menentukan pakej yang paling bersesuaian dengan keadaan semasa anda dan keluarga, adalah amat penting untuk anda menyedari matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang yang berkaitan dengan keadaan kewangan anda dan hartanah tersebut. Lakarkan keadaan kewangan anda sekarang, keperluan kewangan jangka pendek seperti melangsaikan hutang atau mengubahsuai rumah and keperluan kewangan masa depan seperti menghantar anak-anak belajar ke menara gading. Cuba anda padankan dengan simpanan jangka panjang dan pelan insuran untuk memastikan anda mempunyai kewangan yang mencukupi apabila anda sudah mencapai umur bersara dan tidak lagi mempunyai pendapatan yang tetap. Keputusan yang terbaik adalah dapat dicapai berdasarkan keseluruhan maklumat. Jika anda tidak pasti, sila dapatkan khidmat nasihat secara percuma yang kami tawarkan.

    Buatlah Pilihan Yang Bijak

    Pasaran pembiayaan perumahan akhir-akhir ini semakin kompetitif kerana setiap institusi kewangan cuba untuk mencari cara yang lebih berkesan dan efisyen untuk menarik minat pelanggan. Dari satu sudut, perkembangan ini adalah menguntungkan pengguna kerana pakej yang tersedia dipasaran adalah lebih murah dan versatile dari sebelum ini. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi suatu keadaan yang mengelirukan untuk pengguna memilih pakej pembiayaan yang terbaik untuk mereka.

    Perunding Pinjaman dan Perlindungan Perumahan yang berpengalaman akan dapat member khidmat nasihat yang amat berguna dan pakej pembiayaan perumahan semula yang sesuai untuk anda. Tanyakan tentang trend Kadar Pinjaman Asas (BLR) semasa untuk jangka masa panjang dan jagka masa pendek. Juga dapatkan nasihat mengenai tawaran unik pembiayaan semula yang manakah yang bersesuaian dengan keadaan kewangan anda. Dapatkan sebanyak mana perbandingan tanpa mengira sekecil mana institusi kewangan yang menawarkan pembiyaan itu kerana ia mungkin menawarkan pakej yang lebih kompetitif . Paling utama ialah memastikan diri anda mendapat kefahaman sepenuhnya terhadap tawaran pembiayaan yang bakal anda pilih semoga anda tidak “terjerat” dikemudian hari.

    Pembiayan Perumahan Semula tidaklah sesukar yang anda sangkakan sekiranya anda mempunyai seorang Perunding Pinjaman dan Perlindungan Perumahan yang berpengalaman. Pembiayaan Perumahan Semula adalah satu usaha untuk membantu anda menjimatkan wang hasil titik peluh keringat anda dan memberikan anda kebebasan kewangan yang anda impikan.

    Isa Shabidin
    Perunding Hartanah
    isashabidin77@gmail.com

5 comments:

  1. Tanpa Nama says:

    aku mcm berminat nak buat refinance. aku skrg ni buat dgn cimb dan MBSB. so macam mana nak buat boleh call 0193343698

  1. syahril says:

    melalui perbualan telefon tadi, besok saya akan confirmkan dengan rakan saya tentang hal tersebut.. :)

  1. syahril says:

    untuk kes saudara saya dapati tiada masalah, ada setengah bank yang boleh terima, bg saya email, saya akan fwdkan satu borang soal selidik.

  1. zul's says:

    salam saudara, saya nak tau, kalau saya buat pinjaman Islamic, macammanakah cara saya nak buat refinance?

  1. wsahabat says:

    Salam Zul,

    Nak buat pinjaman Islamic seperti biasa, saya perlu butiran bakal peminjam dan rumah tersebut.

    Sila email ke syahrilcimb[at]gmail.com saya akan hantar satu borang soal selidik untuk saudara zul isikan dulu.

Leave a Reply


ateonsoft.com

WS


KHIDMAT RUNDINGAN PINJAMAN PERUMAHAN

Borang Pertanyaan Online

Hubungi Kami Segera:

Syahril Othman
[Maxis17-2.2.3.8.4.8.7]
rsyahril@gmail.com








Hubungi kami jika anda ingin membina kerjaya bersama WS Solutions.