-
BERNAMA - Tiga Bank Gabung Tubuhkan India Bia Bank Di Malaysia
NEW DELHI, 5 Jun (Bernama) -- Dengan pelaburan awal sebanyak AS$86 juta (RM300 juta), tiga bank awam India memulakan usaha sama untuk menubuhkan subsidiari di Malaysia.
Ketiga-tiga bank itu ialah Andhra Bank, Bank of Baroda dan Indian Overseas Bank, menandatangani perjanjian semalam untuk menubuhkan India BIA Bank (Malaysia) Bhd, yang dijangka memulakan operasi pada September tahun ini.
"Kami mendapat kebenaran daripada Reserve Bank of India untuk usaha sama ini dan akan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Malaysia tidak lama lagi untuk membuka cawangan di sana," kata pengerusi dan pengarah urusan Bank Of Baroda, M.D. Mallya, kepada pemberita di Mumbai.
Mengikut usaha sama berkenaan, Bank of Baroda akan mempunyai 40 peratus pegangan dan IOB 35 peratus manakala Andhra Bank menguasai baki 25 peratus.
Sasaran pelanggan mereka ialah sektor korporat India, pegawai dagang dari India dan penduduk India di Malaysia.
Bank of Baroda mempunyai rangkaian yang meluas di tengah dan utara India manakala Indian Overseas Bank dan Andhra Bank di bahagian selatan negara itu.
Pada 2004, Bank Of Baroda yang beribu pejabat di Mumbai, bank awam ketiga terbesar di India, membuka pejabat perwakilan di Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA - Tiga Bank Gabung Tubuhkan India Bia Bank Di Malaysia
Tunggu dan lihat bagaimana pakej pinjaman perumahan yang mereka dapat tawarkan. Saya harap semoga ia akan lebih kompetetif dan dapat memberi perkhidmatan yang tidak mengecewakan. :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 comments: