• Apakah bank yang terbaik untuk pinjaman perumahan

    Setiap orang mempunyai kehendak kewangan yang berlainan (unik). Bagi bakal pemilik rumah atau mereka yang ingin membuat pembiayaan semula, tentu perkara ini bermain dikotak pemikiran mereka. Apakah bank yang terbaik untuk hartanah saya? Saya tidak mahu mengalami kerugian jangkamasa panjang. Saya ingin mendapatkan pinjaman seperti itu dan ini. Tidak semua yang kita hajati dapat dipenuhi. Ianya bergantung kepada anda sendiri.

    Tindakan yang terburu-buru dalam memilih institusi kewangan bagi pinjaman perumahan anda boleh menyebabkan anda mengalami kerugian dalam jangkamasa panjang. Setidak-tidaknya 5 tahun bagi sesetengah pihak yang mempunyai ikatan kontrak 'lock in period'.

    Sebagai perunding pinjaman perumahan, soalan ini juga sering ditanya kepada kami samada secara online, panggilan telefon mahupun secara empat mata. Jawapannya mudah. IA BERGANTUNG KEPADA ANDA SENDIRI! Apakah keperluan anda? Adakah anda mahukan kadar terendah? Adakah anda mahukan pinjaman untuk jangkamasa panjang? Adakah anda mahukan pinjaman untuk pelaburan? dan banyak lagi. Lain orang lain kehendaknya.

    Kami akan bertanya beberapa perkara sebelum kami dapat memberi anda 'bank terbaik', secara asasnya terdapat empat (4) perkara utama yang perlu kami tahu, iaitu:

    1. Pendapatan
    Bagi mereka yang bekerja, gaji pokok dan elaun tetap akan diambil kira 100%. Jika anda seorang yang rajin membuat kerja lebih masa (OT), ataupun terdapat 'mileage claim' yang tidak menentu setiap bulan juga diambil kira, akan tetapi tidak lah 100%. Secara purata selama 3-6 bulan, sebanyak 10% -60% sahaja akan diambil kira (bergantung kepada institusi kewangan).

    Bagi mereka yang bekerja sendiri pula, pendapatan akan dikira dari akaun syarikat secara purata selama 6-12 bulan. Daripada jumlah purata tersebut, hanya 10%-80% sahaja akan diambil kira (bergantung kepada institusi kewangan). Faktor pegangan saham dalam syarikat juga diambil kira. Jika anda menerima yuran pengarah (director fees), ianya juga dikira sebagai pendapatan anda.

    Jika anda seorang pelabur hartanah, dan anda mempunyai rumah sewa. Wang dari sewaan rumah anda juga boleh dikira sebagai pendapatan.

    * segala pendapatan yang saya sebutkan seperti di atas hendaklah disertakan dengan slip, voucher, surat (yuran pengarah), perjanjian (rumah sewa) dan penyata bank (3-6 bulan) sebagai bukti.

    2. Komitmen
    Komitmen anda dengan institusi kewangan lain. Seperti bayaran bulanan pinjaman peribadi, kereta, rumah, dan kad kredit.

    Untuk pinjaman seperti PTPTN, MARA, JPA, TEKUN dan sebagainya tidak diambil kira.

    * maklumat komitmen dan pendapatan akan digunakan untuk mengira tahap DSR (Debt Service Ratio) anda. Sila baca tentang DSR ini ditopik saya yang lepas: Cara-cara meningkatkan kelulusan pinjaman anda ,juga baca tentang Apa itu CCRIS dan CTOS?


    3. Lokasi / Pemaju Perumahan
    Lokasi perumahan anda juga sangat penting. Tidak semua institusi kewangan boleh memberi pinjaman kepada lokasi perumahan anda. Begitu juga dengan pemaju perumahan (developer), setiap bank mempunyai senarai pemaju perumahan dan lokasi pilihan mereka sendiri.

    Mengapa perkara ini berlaku? Pada pendapat saya, sebagai pihak bank sudah tentu mereka tidak mahu mengambil risiko yang tinggi. Setiap institusi kewangan mempunyai tahap risiko masing-masing.

    4. Tujuan/objektif anda ingin membuat pinjaman.
    Jika anda seorang pelabur hartanah, keperluan anda sudah tentu berlainan dari mereka yang mempunyai tujuan untuk menetap, terutamanya pembeli rumah lelong, sudah tentu anda mahukan pinjaman yang mudah, tanpa 'lock in period', bayaran bulanan yang murah, dan sebagainya. Jika anda ingin menduduki rumah tersebut, keperluan golongan ini juga berbeza, begitu juga bagi yang ingin membuat pembiayaan semula hartanah mereka.

    Daripada maklumat-maklumat yang kami perolehi dari perkara di atas, barulah kami dapat membuat rumusan apakah bank yang terbaik untuk anda. Insyallah.

    Sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini, jika terdapat sebarang pertanyaan, komen atau cadangan sila gunakan ruangan komen di bawah atau gunakan borang online jika anda ingin menggunakan khidmat rundingan kami.

    Terima kasih.

0 comments:

Leave a Reply


ateonsoft.com

WS


KHIDMAT RUNDINGAN PINJAMAN PERUMAHAN

Borang Pertanyaan Online

Hubungi Kami Segera:

Syahril Othman
[Maxis17-2.2.3.8.4.8.7]
rsyahril@gmail.com








Hubungi kami jika anda ingin membina kerjaya bersama WS Solutions.