• Ekspo iProperty.com Sasar Lebih 50,000 Pembeli Rumah

    KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Ekspo iProperty.com akan datang, yang bakal mempamerkan hartanah serta produk dan perkhidmatan hiasan dalaman, dijangka menarik lebih 50,000 pembeli dan pemilik rumah mewah.

    Acara anjuran bersama kumpulan iProperty.com dan Malayan Banking Bhd (Maybank) itu, akan diadakan di Pusat Pameran Mid Valley mulai 1 hingga 3 Jan tahun depan.

    Antara pemaju yang menyertai pameran itu ialah SP Setia, Mah Sing, Sime Darby, IJM, AP Land, Mutiara Goodyear, Equine Capital, Glenmarie Cove, Kumpulan Lebar Daun, dan Land & General.

    Dalam satu kenyataan Selasa, iProperty.com, pemilik dan pengurus laman web hartanah dan harta sebenar www.iproperty.com.my, berkata satu lagi pemaju, Ideal Homes dari Pulau Pinang, akan mempamerkan pembangunan terbaharunya yang baru-baru ini dilancarkan di pulau itu.

    Ekspo itu juga akan mempamerkan kediaman mewah dan teknologi produk dapur dari LG, KitchMate, Getha dan Nesh, kata kenyataan itu.

    Maybank akan menawarkan pelbagai pilihan pinjaman rumah, iaitu secara konvensional dan Islam dengan kadar faedah kompetitif di ekspo itu, katanya.

    Ekspo iProperty.com yang diadakan pada Julai tahun ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menyaksikan urus niaga hartanah lebih RM100 juta.

    Ekspo iProperty.com seterusnya akan diadakan dari 21 hingga 23 Mei tahun depan di Pusat Pameran Mid Valley di Kuala Lumpur, dari 30 Julai hingga 1 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan dari 23 hingga 24 Okt di Marina Bay Sands di Singapura.

    BERNAMA

0 comments:

Leave a Reply


ateonsoft.com

WS


KHIDMAT RUNDINGAN PINJAMAN PERUMAHAN

Borang Pertanyaan Online

Hubungi Kami Segera:

Syahril Othman
[Maxis17-2.2.3.8.4.8.7]
rsyahril@gmail.com








Hubungi kami jika anda ingin membina kerjaya bersama WS Solutions.